Mereka Mereka .

Saturday, June 14, 2014

Gunung Tahan.

Assalamualaikum. 
Harini terasa nak share pasal Gunung Tahan pula.
Teringat kembali kenangan bila bercerita pasal Gunung Tahan dengan orang yang da pernah mendakinya.
Ada geng katanya.
Walaupun benda ni da lama, tapi pengalaman tu yang sentiasa segar di ingatan.
Mana taknya, bukan senang nak pergi ke puncak Gunung Tahan tu.
Basah hujan,sejuk,angin kuat,tergelincir,penat.
Semuanya ada masa tu. 

Puncak Gunung ada ni :)
2187M :)


Ketinggian Gunung Tahan ni 2187 meter dan merupakan puncak tertinggi dia semenanjung.
Gunung Tahan menjadi titik sempadan negeri Pahang dan Kelantan.
Trek mendaki di Gunung Tahan ni masih lagi hutan.
Takda trek khas dibuat, kerana masih gunakan trek semulajadi.
Masa terbaik mendaki adalah pada bulan Februari dan Mac.
Sebab bukan waktu hujan. Masa saya pergi ada waktu musim hujan.
Maka, memang basah sepanjang perjalanan. 
Gunung ini ditutup untuk pendakian pada bulan november hingga awal januari.
Ditutup untuk pembersihan dan juga buat laluan baru untuk pendakian.
Masa ini juga orang ramai boleh memohon untuk jadi sukarelawan bersihkan gunung ini.

Cerita kami dipaparkan.
Team PIS.
Jangka masa kami di sana selama 4 hari.
Berbagai pengalaman kami timba.
Memasak didalam hutan.
Belajar bekerjasama,membantu,belajar tabah dan sabar.
Ya , seronok bila diingat kembali.
Sehingga sekarang, berharap untuk mendaki lagi kesana.
saya harap dapat pergi lagi kesana :) 

p/s : teringat kopi goreng (buat air kopi guna kuali)

Monday, June 2, 2014

Muar Part 2

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya share sedikit pasal Muar.
Kita sambung lagi pasal Muar untuk post kali ini.
Di Muar terdapat banyak tarikan lagi sebenarnya.
Tapi tidak popular dikalangan pelancong.
Selain mee bandung dan asam pedas, Muar terkenal dengan sarapan SATAY.

Kedai Satay.

Pembakar sate.
Masuk majalah.

Ramai yang terkejut bila mengetahui orang Muar sarapan satay.
Tapi ini la hakikatnya.
Kedai ini terletak di hadapan Perhentian Bas Muar.
Bagi yang sukakan satay, boleh la cuba disini. 
Selain dari makanan, tempat tarikan di Muar juga banyak.
Pernah tahu tentang Mahkota gergasi di Muar? 
Cantiknya binaan nya di Muar.

Daulat Tuanku.
Dibuat semula.
di waktu malam.
Gerbang mahkota ini menambahkan lagi tempat tarikan di Muar. 
Ramai pengunjung terutama orang Johor teruja untuk melihatnya. 
Gerbang ini dibuat sempena Muar diberi nama Bandar Diraja.
Sesungguhnya , di Muar masih terdapat banyak lagi tarikan pelancongan yang perlu diketengahkan.
Setakat ini saja untuk kali ini, jika ada lagi saya akan berkongsi lagi. 
Sekian.