Mereka Mereka .

Monday, June 2, 2014

Muar Part 2

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya share sedikit pasal Muar.
Kita sambung lagi pasal Muar untuk post kali ini.
Di Muar terdapat banyak tarikan lagi sebenarnya.
Tapi tidak popular dikalangan pelancong.
Selain mee bandung dan asam pedas, Muar terkenal dengan sarapan SATAY.

Kedai Satay.

Pembakar sate.
Masuk majalah.

Ramai yang terkejut bila mengetahui orang Muar sarapan satay.
Tapi ini la hakikatnya.
Kedai ini terletak di hadapan Perhentian Bas Muar.
Bagi yang sukakan satay, boleh la cuba disini. 
Selain dari makanan, tempat tarikan di Muar juga banyak.
Pernah tahu tentang Mahkota gergasi di Muar? 
Cantiknya binaan nya di Muar.

Daulat Tuanku.
Dibuat semula.
di waktu malam.
Gerbang mahkota ini menambahkan lagi tempat tarikan di Muar. 
Ramai pengunjung terutama orang Johor teruja untuk melihatnya. 
Gerbang ini dibuat sempena Muar diberi nama Bandar Diraja.
Sesungguhnya , di Muar masih terdapat banyak lagi tarikan pelancongan yang perlu diketengahkan.
Setakat ini saja untuk kali ini, jika ada lagi saya akan berkongsi lagi. 
Sekian.

No comments:

Post a Comment