Mereka Mereka .

Wednesday, May 21, 2014

Muar Part 1.

Assalamualaikum. 

Harini nak cerita pasal Muar
Kampung tercintaku.
Pernah datang Muar atau dengar pasal Muar?
Mungkin ada yang pernah dengar semasa zaman sekolah dulu. (buku sejarah) 
Dan mungkin ramai yang tahu pasal Mee Bandung Muar.
Dan mungkin juga Gunung Ledang.

Gunung Ledang.

Mee Bandung Muar.

Selain dari Gunung Ledang dan Mee Bandung.
Muar juga terkenal dengan tarikan lain.
Antara tarikan di Muar ialah Tanjung Emas.
Tempat ini merupakan tempat reakrasi bagi penduduk Muar.
Kawasan tepi sungai ini menjadi tempat tumpuan bagi penduduk Muar.


Tempat pejalan kaki di tepi sungai.

Dataran Tanjung Emas Muar.

Jeti untuk boat cruise.

Seperti gambar di atas, tarikan di Tanjung Emas Muar.
Disini kita dapat melihat gelagat penduduk meluangkan masa dengan keluarga.
Selain dari Mee Bandung, Muar juga turut dikenali kerana Asam Pedas.
Walaupun orang ramai lebih mengenali asam pedas Melaka, namun asam pedas Muar setanding dengan asam pedas Melaka.
Tempat popular bagi jualan asam pedas adalah di Parit Jawa.
Parit Jawa merupakan kawasan nelayan di Muar.
Maka, ikan masih segar disini.

Signboard ke Medan Asam Pedas , Parit Jawa.

Asam Pedas Ikan Merah.
Harga makanan di sini amat berpatutan dan makanan nya pasti sedap mengikut citarasa.
Sesungguhnya di dua tarikan ini sepatutnya boleh diketengahkan lagi.
Selain itu , tarikan ini boleh jadi satu brand kepada Muar tidak lama lagi.
Bukan ini sahaja tarikan yang ada.
Nantikan pada post akan datang tentang Muar.
Cukup setakat ini.
Sekian.

p/s : Rindu kampung tengok mee bandung dengan asam pedas :( 

No comments:

Post a Comment