Mereka Mereka .

Thursday, May 8, 2014

Johor Bahru ke Langkawi.

Assalamualaikum.
Bila pandang blog , sebenarnya taktahu nak post apa. 
Tapi gagahkan diri untuk update demi markah.
Maaf ye Puan saya terlambat update blog ni. :) 
Internet connection problem :( 
Kali ni nak cerita pasal Langkawi. 
Rasanye Langkawi ni destinasi wajib bagi orang Malaysia. 
Selalunya semua orang da sampai sini. 
Anyway nak share pengalaman melancong di Langkawi.

Peta tempat menarrik di Langkawi.
Tengok peta kat atas ni, mesti dah tau pasal tempat ni kan?
Menarik ? Suka ? Nak pergi lagi ? :P
Pergi Langkawi masa ni naik Airasia.
Merupakan kali pertama naik flight. :) 
Excited sikit la kan. 
Di Langkawi stay di Pantai Cenang (chalet).
Hari pertama join pakej Island Hoping. 
Pakej ni popular dekat Langkawi.

Maklumat tentang Island Hoping.

Lepas habis join pakej ni, kami balik ke Chalet. 
Lepas lunch kami bersiap untuk pergi tempat Cabel Car.
Naik Cable Car ni yang paling nak sangat.
Sebab seblum ni datang sini tapi tak dapat naik. :( 
Harga naik cable car ni RM15. 

Cable Car Langkawi.
Bila naik cable car ni serius teruja sebab dapat lihat keindahan Langkawi.
Nice view dari atas ni.
Laut, kehijauan, indahnya ciptaan Allah.
Cable car ni merupakan salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang datang kesini.
So memang ramai la pengunjung lagi lagi waktu cuti. :) 
Selamat kami datang waktu bukan cuti :P

Di atas gunung,
Selepas naik cable car selesai.
Rasa macam nak balik Johor terus. 
Kerna misi utama nak naik cable car aje. : )
Selepas tu , kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang. 
Sampai ke malam kami disitu hanya untuk shopping saja.
Selesai shopping balik ke chalet untuk berehat.

Sebahagian kedai di sekitar Pantai Cenang.
Hari seterusnya kami pergi ke Haji Ismail Group di Kuah.
Di sini memang ramai orang yang nak memborong coklat.
Coklat dan Langkawi memang tak dapat dipisahkan.
Kalau datang sini mesti borong coklat bawa balik tempat masing masing sebagai souvenior. : P
Harga coklat kat sini murah berbanding tempat lain. 

Kedai Haji Ismail Group.
Dalam kedai.
Lepas membeli belah di Haji Ismail Group. 
Kami pulang ke Johor. 
Alhamdulillah semuanya selamat.
Melancong di Langkawi sememangnya menarik.
Sebab banyak tempat menarik di sini. 
SELAMAT BERCUTI !!
#VMY2014

p/s: maaf lambat update. :)

No comments:

Post a Comment